Kamis, 07 Agustus 2008

HATI berdebar-debar malah mungkin tidak lena
melelap mata mengenangkan pertemuan pertama kali
dengan si dia apa lagi jika tidak pernah bertentang mata.

Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat
pertemuan pertama kali selepas berkenalan di alam siber.

Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri.
Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet.

Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba
‘menjerat’ cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.